Friday, October 31, 2008

MP BN-Pasir Salak minta PM kaji semula perlantikan Zaid Ibrahim

Ahli Parlimen Dato’ Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sewaktu membahaskan peruntukan tambahan dalam belanjawan menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Zaid Ibrahim yang tidak mahu menerima sebarang pandangan dan membuat tuduhan tanpa usul periksa.

Tugas ahli parlimen kata Tajuddin ialah memberi pandangan, menegur dan berbahas pelbagai isu malah bukan sahaja ahli parlimen pembangkang yang hanya mengkritik kerajaan malah ‘backbenchers’ juga boleh melakukan tindakan yang sama.

Tajuddin merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Zaid seolah-olah mendakwa beliau dan Dato’ Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) mengkritik kerajaan dan mencadangkan supaya Umno dan BN mengambil tindakan ke atas mereka.

“Saya mahu nafikan bahawa ucapan yang dibuat itu menghina Perdana Menteri atau mengkritik dasar kerajaan. Saya tidak bersetuju dengannya dan saya harap dia bertanggungjawab.

“Tetapi jika begini sikapnya, saya gesa Perdana Mneteru kaji semula perlantikannnya,” katanya yang disambut sorakan ahli parlimen pembangkang.

Tajuddin kemudiannya turut mempertikaikan kesetiaan Zaid kepada Umno dan BN berbanding jangkamasa beliau yanh sudah lama menjadi ahli.

“Saya sudah bersama Umno 36 tahun. Saya sentiasa memepertahankan Perdana Menteri tetapi menteri ini, berapa lama dia ada dalam BN dan Umno. Saya tahu dia tidak ada di kawasan dia sewaktu pilihanraya malah pergi bercuti ke luar negara,” katanya.

5 comments:

yOp said...

Assalamualaikum YB Dato',

Saya menyokong apa yang Dato' perkatakan tentang Zaid Ibrahim. Saya tidak faham kenapa beliau di pilih oleh Pak Lah.. Isu yg tak sepatut di bangkit.. di keluarkan.. Saya sebagai orang Melayu kesal dan sungguh kesal..!!! Moga Dato' akan terus lantang di Parlimen.. Kami warga Pasir Salak merasa bangga di atas kelantangan Dato' sebagai wakil yg kami pilih pada PRU 12 yang lalu... Terkilan juga kerana DSN tidak memilih Dato' menganggotai kabinetnya.. apapun TAHNIAH kerana berjaya menganggotai MKT UMNO..

sonyon85 said...

Hai Dato' berapa banyak dah togok arak? Hahaha! Kaki botol ka? Aiyo!

Islam ka? Jangan mengaku laa!! Kapir!

DSJ said...

Ayuh Dt. ganyang cina lahanat tu, kami dari Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu M'sia (Pewaris M'sia) berdiri teguh menyokong Dt.
Link:
http://www.facebook.com/pages/DATO-SERI-PADUKA-AYAHANDA-JAAFAR-SHAARI-PADUKA-AYAH-PAQ-PUTRAJAYA/97115643543

Is said...

yb paling bodoh abad ini

roger federer said...

malu orang pasir salak dapat ngko jd yb..